Keberanian seorang anggota polis, Sarjan Mat Shah Kasim yang menyelamatkan dua mangsa kebakaran di Kampung Seberang Batu Hampar, Rembau 4 Mac lalu mendapat perhatian Kementerian Dalam Negeri.<br />Mat Shah, 57 tahun yang bakal menamatkan khidmat sebagai anggota polis pada November depan, selepas 39 tahun berkhidmat, menerima sijil penghargaan daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
